SELAMAT DATANG!!!

Selamat datang ke blog koleksi resepi saya. Di sini, InsyaAllah saya akan muatkan dengan pelbagai resipi masakan kesukaan saya untuk dikongsidengan semua pembaca2 sekalian. Jangan risau, InsyaAllah kebanyakan resepi-resepi yang akan saya kongsikan ini adalah resipi yang sangat mudah untuk disediakan. Oleh itu, saya berharap agar resepi-resepi yang saya kongsi ini dapat membantu anda dalam memberi idea untuk masakan-masakan anda. Selamat Mencuba!!!

p/s: Berkaitan dengan pembikinan kek, biskut, kuih dsb, saya tak menggunakan butter, sebaliknya saya menggunakan MAJERIN PLANTA. Harap Maklum.

Saturday, December 29, 2012

Resepi Simple #7: Kek Oren



Assalamu'alaikum semua!!!

Bahan-Bahan:
1 Cawan majerin
1 Cawan gula kastor
2 1/2 Cawan Tepung Berserbuk Penaik (Blue Key,etc2)
4 Biji Telur
Sedikit perasa vanilla\
Sedikit perasa oren
2 hingga 3 sudu besar Sunquick Oren (secukup rasa. terpulang.)
1 biji oren - Parut kulit dan ambil jusnya.


Cara-cara

1. Pukul majerin dan gula hingga kembang (light & fluffy). 
2. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati. 
3. Seterusnya, masukkan berberapa titik perasa oren dan setitik vanilla ke dalam adunan dan pukul lagi hingga sebati.
4. Masukkan jus oren dan kulit oren yang telah diparut tadi dan gaul sehingga sebati.
5. Selepas itu, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga sebati dengan adunan.  
6. Masukkan adunan2 tersebut ke dalam bekas acuan kek. 
7. Akhir sekali, bakar adunan tersebut selama lebih kurang 50 minit dengan kepanasan lebih kurang 150 darjah celcius (Saya gunakan oven/ketuhar Butterfly). 

p/s:
1. Selepas masak, keluarkan daripada ketuhar dan cucuk bahagian tengah kek dengan pisau/toothpick. Keluarkan pisau tersebut dan lihat sama ada kek itu masih basah atau tidak. Jika ianya masih basah, maksudnya bahagian tengah itu masih belum masak. Masukkan semula ke dalam ketuhar dan bakar sehingga kek itu betul2 kembang dan masak.  

2. Teknik pembikinannya sama seperti buat kek span asas/basic mahupun kek pelangi seperti resepi simple #1. Cumanya, pengisiannya itu lebih kepada OREN. 

SELAMAT MENCUBA!!!

Wednesday, December 14, 2011

Resepi Simple #6: Sambal Tempoyak ++

As-Salam to All


Sambal Tempoyak Ikan Bilis 

Bahan-Bahan

1. Tempoyak
2. Ikan bilis (Ikut suka banyak mana. Segenggam pun cukup.) Siap dibelah dua dan dibersihkan
3. Cili Padi (ikut suka banyak mana. Saya guna dalam 5 biji.)
Garam, gula secukup rasa.

Cara-Cara:

1. Tumbuk cili, garam dan gula sehingga lumat.
2. Gaulkan bahan tumbuk tadi dengan tempoyak sehingga sebati.
3. Kemudian, gaulkan tempoyak tadi dengan ikan bilis. Sedia untuk dimakan. :D

p/s: anda juga boleh simpannya dalam peti ais. 
option: Anda juga boleh menggoreng sambal ini. Hanya tambahkan berberapa ulas bawang merah yang ditumbuk, sedikit serbuk kunyit dan berberapa helai daun kunyit bersama adunan tempoyak (dalam 3-4sudu besar) tadi. Gaulkan dengan ikan bilis dan kemudian gorengkan adunan tersebut sehingga rangup.


Selamat Mencuba!!!

Tuesday, December 13, 2011

Resepi Simple #5: Fresh Tempoyak


As-Salam to All...

Bahan-Bahan:

Buah Durian (Suka hati nak brapa biji pun. :D)

Cara-Cara:

Kupas durian dan ambil isinya (sudah tentu lak, kan? :D). Kemudian asingkan isi durian tersebut daripada biji. Akhir sekali, simpan/peram isi durian tersebut, sebaiknya dalam peti ais supaya ia tidak 'berair'. 

p/s: ada sesetengah pembuat tempoyak mencampurkan dengan sedikit garam untuk menjadikan tempoyak tersebut bertahan lama. Terpulang kepada anda. Bagi saya, saya lebih gemarkan fresh. :D

Selamat Mencuba!!!

Sunday, September 11, 2011

Resepi Simple #4: Seri Kaya


As-Salam to All...

Bahan-bahan
4 biji telur
1 mangkuk santan
Gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Pukul santan, telur dan gula hingga sebati.
2. Masukkan adunan dalam periuk (guna tapis untik menapis gula yang tidak larut) dan masak sehingga pekat.

p/s: 1. Pastikan anda sentiasa kacau adunan itu supaya tidak hangus.
      2. Jika anda mahu membuat kaya pandan, hanya tambahkan berberapa titis pewarna hijau, perasa pandan/daun pandan.

SELAMAT MENCUBA!!! 

Thursday, September 8, 2011

Resepi Simple #3: Cool Rainbow Delight (Macam Truffle. rasanya laa...)

As-Salam to all...
Lebih kurang macam ni la rupanya, tapi dalam cawan. hehe~

Bahan-Bahan
Sedikit Kek Pelangi/Marble Cake (Resepi Simple #1)
Ice Cream (Vanilla/Nepolitan/etc2)
2 Biji Pisang (tak kisah pisang apa, asalkan boleh dimakan ^_^)
Buah-buahan dalam tin
Sedikit Cornflakes/RiceFlakes
Chocolate Topping (sebaiknya Hershey's)
Strawberry Topping (sebaiknya Hershey's)
Sedikis sprinkles warna-warni
sebiji ceri
p/s: Presentation lebih baik dengan menggunakan cawan/mangkuk kaca saiz sederhana (boleh makan banyak2. hehe~)

Saiz hidangan=satu cawan/mangkuk (Saya guna cawan ^_^)

Cara-Cara 
1. Potong sedikit kek pelangi kepada kiub-kiub kecil, sebahagian lagi berbentuk lapisan mengikut saiz tepi cawan.
2. Susun lapisan kek tadi di keliling dalam cawan/mangkuk dan satu lapisan untuk lantai cawan.
3. Potong(hiris) buah pisang menjadi lapisan2 kecil/ dadu (nak saiz besar pun boleh, terpulang kepada individu). Letakkan berberapa keping potongan pisang diatas kek tadi.
4. Masukkan berberapa sudu aiskrim kedalam cawan tadi.
5. Tutup aiskrim tadi dengan kek yang telah dipotong dadu tadi.
6. Ulang step 3 hingga 5 secara selang-seli (Layer) sehingga cawan dah penuh (Saya prefer 2 Layer pertama).
7. Seterusnya, masukkan berberapa sudu aiskrim untuk layer terakhir.
8. Letakkan sedikit buah-buahan dalam tin di sekeliling aiskrim.
9. Tutup atas aiskrim dengan whipped cream.
10. Taburkan sedikit rice flakes dan sprinkles dan letakkan buah ceri tersebut di tengah2 atas whipped cream.

p/s: boleh juga hias dengan buah2 segar yang lain (strawberry, mangga, kiwi, etc2 ikut selera masing2) dan JANGAN LUPA MASUKKAN DALAM PETI AIS/FRIDGE. :D

Selamat Mencuba!!!

Friday, September 2, 2011

Resepi Simple #2: ChikaTuna Salad

As-Salam to all.
*gambar sekadar cadangan hiasan. (betul ke ayat ni? hehe~)

Bahan-Bahan A (Tuna Mayo)
2 tin Tuna Ayam Brand (Tuna chunks in water boleh, Tuna in sunflower oil boleh. Ikut suka.)
1 botol mayonnaise/mayonis (ikut suka hati nak letak berapa banyak pun)

Bahan-Bahan B (Salad)
Berberapa ketul nuget ayam (tak kisah brand apa pun)-digoreng dan dipotong dadu
Daun-daun salad (dipotong/dihiris atau tidak, terpulang kepada individu)
1 biji tomato - dipotong dadu 
Sedikit perahan limau nipis (Optional)
Lada sulah/garam secukup rasa (Optional)
Telur rebus - Dipotong/dihiris (Optional)

Cara-cara:

Gaulkan tuna chunks dengan mayonis. Seterusnya, gaulkan tuna mayo tadi dengan ketulan nuget ayam, daun-daun salad dan tomato yang sudah dipotong tadi. Jika suka, campurkan sedikit perahan limau nipis dan gaulkan bersama tuna salad tadi. Masukkan juga sedikit garam atau lada sulah/black pepper jika suka. Anda juga boleh menambah kepingan hirisan telur rebus jika suka.

p/s: Sebaiknya simpan chikatuna mayo di dalam peti sejuk. Bagi saya, ianya lebih sedap apabila dimakan ketika ia sejuk. Terpulang kepada individu masing-masing. Anda boleh makan dengan roti, biskut, atau makan begitu sahaja. Nak makan dengan nasi pun boleh, kalau suka la. hehe~ Boleh jadikan ia sebagai midnight snack juga. :D

Selamat Mencuba!!!


Resepi Simple #1: Kek Pelangi/Marble Cake

As-Salam semua...

Bahan-Bahan:
1 Cawan majerin
1 Cawan gula kastor
2 1/2 Cawan Tepung Berserbuk Penaik (Blue Key,etc2)
4 Biji Telur
Sedikit perasa vanilla
Sedikit pewarna (Merah, Hijau, Coklat, etc2)

Cara-cara

1. Pukul majerin dan gula hingga kembang (light & fluffy). 
2. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati. 
3. Seterusnya, masukkan berberapa titik perasa vanilla ke dalam adunan dan pukul lagi hingga sebati (saya guna tiga titik sebab saya suka bau dan rasanya. hehe~). 
4. Selepas itu, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga sebati dengan adunan.  
5. Kemudian, bahagikan adunan tersebut kepada berberapa mangkuk (ikut pewarna pilihan. Kalau guna 3 warna, bahagikan adunan kepada 3 mangkuk. Vice versa.) Masukkan beberapa titik pewarna pilihan kedalam adunan2 tersebut. 
6. Masukkan adunan2 tersebut ke dalam bekas acuan kek. Sebaiknya, gunakan sudu dan masukkan adunan tersebut secara berselang-seli.
7. Akhir sekali, bakar adunan tersebut selama lebih kurang 50 minit dengan kepanasan lebih kurang 150 darjah celcius (Saya gunakan oven/ketuhar Butterfly). 

p/s:Selepas masak, keluarkan daripada ketuhar dan cucuk bahagian tengah kek dengan pisau/toothpick. Keluarkan pisau tersebut dan lihat sama ada kek itu masih basah atau tidak. Jika ianya masih basah, maksudnya bahagian tengah itu masih belum masak. Masukkan semula ke dalam ketuhar dan bakar sehingga kek itu betul2 kembang dan masak.  

Selamat Mencuba!!!