SELAMAT DATANG!!!

Selamat datang ke blog koleksi resepi saya. Di sini, InsyaAllah saya akan muatkan dengan pelbagai resipi masakan kesukaan saya untuk dikongsidengan semua pembaca2 sekalian. Jangan risau, InsyaAllah kebanyakan resepi-resepi yang akan saya kongsikan ini adalah resipi yang sangat mudah untuk disediakan. Oleh itu, saya berharap agar resepi-resepi yang saya kongsi ini dapat membantu anda dalam memberi idea untuk masakan-masakan anda. Selamat Mencuba!!!

p/s: Berkaitan dengan pembikinan kek, biskut, kuih dsb, saya tak menggunakan butter, sebaliknya saya menggunakan MAJERIN PLANTA. Harap Maklum.

Friday, September 2, 2011

Resepi Simple #1: Kek Pelangi/Marble Cake

As-Salam semua...

Bahan-Bahan:
1 Cawan majerin
1 Cawan gula kastor
2 1/2 Cawan Tepung Berserbuk Penaik (Blue Key,etc2)
4 Biji Telur
Sedikit perasa vanilla
Sedikit pewarna (Merah, Hijau, Coklat, etc2)

Cara-cara

1. Pukul majerin dan gula hingga kembang (light & fluffy). 
2. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati. 
3. Seterusnya, masukkan berberapa titik perasa vanilla ke dalam adunan dan pukul lagi hingga sebati (saya guna tiga titik sebab saya suka bau dan rasanya. hehe~). 
4. Selepas itu, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga sebati dengan adunan.  
5. Kemudian, bahagikan adunan tersebut kepada berberapa mangkuk (ikut pewarna pilihan. Kalau guna 3 warna, bahagikan adunan kepada 3 mangkuk. Vice versa.) Masukkan beberapa titik pewarna pilihan kedalam adunan2 tersebut. 
6. Masukkan adunan2 tersebut ke dalam bekas acuan kek. Sebaiknya, gunakan sudu dan masukkan adunan tersebut secara berselang-seli.
7. Akhir sekali, bakar adunan tersebut selama lebih kurang 50 minit dengan kepanasan lebih kurang 150 darjah celcius (Saya gunakan oven/ketuhar Butterfly). 

p/s:Selepas masak, keluarkan daripada ketuhar dan cucuk bahagian tengah kek dengan pisau/toothpick. Keluarkan pisau tersebut dan lihat sama ada kek itu masih basah atau tidak. Jika ianya masih basah, maksudnya bahagian tengah itu masih belum masak. Masukkan semula ke dalam ketuhar dan bakar sehingga kek itu betul2 kembang dan masak.  

Selamat Mencuba!!!

No comments:

Post a Comment